Dialog Rosulullah dengan Iblis
Dialog
Rosulullah Dengan Iblis
Allah
s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa
dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya yang disukai
mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi
Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka
Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang
Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadirat Rasullullah
s.a.w.
Hendaklah
engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah
hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau
satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu,
uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras. Mendengar kata Malaikat yang
dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah
s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan
berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis
pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w.
Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak
mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
Maka
jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau
menunjuk baikmu? Jangan engkau coba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi
Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan
sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang
sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan
Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai
istrinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung
sengsara akibat hasutan engkau.
Hai
Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam
engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku
kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang
menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Sembah
Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah
Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah
disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari
zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya
hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani
sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata
"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur
leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi
pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat
segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini
dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Soalan
Nabi ke 1
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh
engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab
Iblis -"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara
segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis,
dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,
"Ya
Khatamul Anbiya!
Adapun
hamba dapat merupakan diri hamba seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga
rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak
dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan,
maka terbakarlah diri hamba menjadi abu.
Hamba
cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi
nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu
jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba
akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya
masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"
Soalan
Nabi ke 2
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada
makhluk Allah"
Jawab
Iblis -"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua
pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan
benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan
sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan
harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya
supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.
Demikian
juga ketika tamasya yang bercampur lelaki dengan perempuan. Di situ hamba
lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila
terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan
tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan
hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,
terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat, hamba akan
galang mereka supaya mereka menangguhkannya.
Bertambah
keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila
kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takabur, megah, sombong dan
melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela
dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Soalan
Nabi ke 3
"Hai
Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang
tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang
besar di neraka yang paling bawah ? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan
engkau ? Siapa yang melanjutkan usia engkau ? Siapa yang menerangkan mata engkau
? Siapa yang memberi pendengaran engkau ? Siapa yang memberi kekuatan anggota
badan engkau?"
Jawab
Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga.
Tetapi hawa nafsu dan takabur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan
lebih tahu bahwa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi pemimpin kepada sekelian
Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang
tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat
beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang
Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu
Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi
hormat kepada beliau, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada
hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji.
Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan
dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari.
Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba
tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya
dihalau dari syurga ke dunia.
Kedua
mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang
Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak
lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak
puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum
tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke
langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat
ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.
Kemudian
hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang
sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan
berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke
dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta
mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu
langit.
Jika
hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah
daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena
lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah
kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Soalan
Nabi ke 4
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau
tipu akan manusia?"
Jawab
Iblis -"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama
ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya
juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka
akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan
Nabi ke 5
"Hai
Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab
Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan
lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang
menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya
datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa
bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa
hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri
kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.
Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia
tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya
sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala.
Jika
para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan
menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman".
Soalan
Nabi ke 6
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana
Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab
Iblis -"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah
tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."
Soalan
Nabi ke 7
"Jika
umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab
Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana
mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
Soalan
Nabi ke 8
"Jika
umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah
bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan
Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat
menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan
segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak
dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang lebih menghancurkan hati hamba
ialah segala isi langit dan bumi yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan
ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.
Satu
lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab
neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka
seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin
Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.
Pada
hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat
dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu
dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke
bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu
kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran
agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan
berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam
tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
Soalan
Nabi ke 9
"Hai
Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis -"Sekelian sahabat tuan hamba
juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada
satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah
berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika
kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."
Saidina
Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir
kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya
atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah
mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu
Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambah dia telah menjadi
mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga
banyak menghafaz Hadis tuan.
Saiyidina
Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia
sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang
wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini
kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya
Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang
harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar
'Al-Faruq'.
Saiyidina
Usman Al-Affan lagi hamba hampir tidak bisa, kerana lidahnya sentiasa bergerak
membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan
menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang
melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya
hingga tuan mengatakan.
"Barang
siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan
dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saiyidina
Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di
medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan
jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat
beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak
pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu
Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan
sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya".
Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.
Soalan
Nabi ke 10
"Bagaimana tipudaya engkau kepada
umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga
macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan
iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah
Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s
"Ulama
itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti
tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat
amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun;
terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba
pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan
derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba.
Jadi
dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa
beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu
hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya,
maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan
istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia
sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia
harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin,
membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan
lacur".
Soalan
Nabi ke 11
"Siapa
yang serupa dengan engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang
belajar agama Islam".
Soalan
Nabi ke 12
"Siapa
yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir
janji".
Soalan
Nabi ke 13
"Apakah
rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab
Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa
pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa
dia sedari".
Soalan
Nabi ke 14
"Jika
umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab
Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca
doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan
bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih
isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat,
malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu
juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya.
Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan
Nabi ke 15
"Dengan
jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab
Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah,
menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air
sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan
Nabi ke 16
"Siapakah orang yang paling engkau lebih
suka?"
Jawab
Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba
mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu
itu"
Soalan
Nabi ke 17
"Hai Iblis! Siapakah saudara
engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu
subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit
fajar. Demikian jua pada waktu dzuhur, asar, maghrib dan isya', hamba beratkan
hatinya untuk solat".
Soalan
Nabi ke 18
"Apakah
jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak
diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah
malam".
Soalan
Nabi ke 19
"Hai
Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di
dalamnya".
Soalan
Nabi ke 20
"Apa lagi yang memecahkan mata
engkau?"
Jawab
Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka,
membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah
bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' ".
Comments
Post a Comment